abe's FotoPage

By: abe sayang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 28-May-2007 18:55 Email | Share | | Bookmark
Putera Ahmad Tasnim dilahirkan - Second Baby

Hari ini, 28 Mei 2007,bermula jam 3.00 pagi, aku mula rasa sakit pinggang. Kerap ke bilik air untuk membuang air kecil. Pada jam 5.00 pagi, aku solat hajat mohon Allah selamatkan kandungan ini dan cukupkan bulannya kerana di waktu ini kandungan ini baru berusia 36++ minggu...masih ada 4 minggu lagi untuk melengkapkan ke usia 40 minggu. Aku rasa belum cukup bersedia untuk menghadapi saat bersalin buat kali kedua ini. Aku terus kerap ke bilik air sehingga jam 7.00 pagi. Abe tanya adakah ini tanda nak bersallin? Aku pun tidak dapat memberikan kata putus samada ianya sakit nak bersalin atau sakit ??? Ibu hanya menjawab "Tak perlah abang pergilah ke tempat kerja dulu. Nanti kalau dah confirm /dah keluar tanda barulah tahu nak bersalin". Abe jawab "Oklah". Sejak Abe pergi ke tempat kerja, setiap 5 minit aku ke bilik air. Sehingga ke satu saat, aku rasa tak berdaya sangat untuk melangkah. Aku perlu menggunakan kayu penyapu sebagai tongkat untuk melangkah ke bilik air. Aku hanya mampu berbaring dan menahan kesakitan.

Jam 10.30 pagi, Aku cuba mendapatkan khidmat nasihat dari kakakku iaitu kak Nah seorang doktor untuk menentusahkan keadaan yang aku alami. Daripada penjelasan yang diberikan beliau mengganggap bahawa sakit tersebut disebabkan aku ada penyakit kencing kotor. Kemungkinan disebabkan radang di bahagian bawah tersebut menyebabkan aku kerap ke bilik air. Beliau menasihatkan supaya aku makan ubat sehingga habis dan terus membuat check dengan doktor di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Aku akur dengan kata-katanya. Lalu terus memakan ubat kencing kotor tersebut walaupun teramat pahit untuk ditelan ubat tersebut.

Jam 12.00 tengahari, tiba-tiba tanda 'darah' keluar. Aku rasa gembira sangat. Memang benarlah bahawa apa yang ibu rasa sebelum ini adalah tanda untuk bersalin. Syukur alhamdulilah Allah telah memberikan aku petunjuk. Sebenarnya aku rasa khuatir sekiranya tiada sebarang tanda keluar jadi sukar bagi aku untuk menentusahkan benar-benar aku akan bersalin atau tidak. Lalu aku terus menelefon Abe untuk menyatakan perihal tersebut. Abe menyatakan bahawa beliau akan terus balik sebentar saja lagi.

Ibu terus menyiapkan persiapan bersalin untuk dibawa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Ibu mandi lalu berdoa semoga Allah mudahkan aku melahirkan kandungan ini insyaallah...amin. Jam 1.00 tengahari, Abe sampai ke rumah. Aku mengesyorkan supaya kita solat zohor dahulu sebelum bertolak bagi memudahkan perjalanan kita nanti. Selesai solaat zohor, kami pun bertolak. Kami singgah sebentar ke Medan Selera Serdang untuk menikmati makan tengahari. Sakit aku telah mulai terasa, sekejap kuat sekejap hilang. Sambil makan, aku terpaksa menahan kesakitan. Seleraku pun tidak begitu ada kerana memikirkan untuk menghadapi saat bersalin ini.

Sampai ke Bangi, kami singgah ke kedai untuk mencari kurma. Dalam kesakitan ini, aku gagahi juga untuk mencari kurma. Alhamdulilah setelah cari 2 3 tempat akhirnya kami berjumpa juga.

Jam 3.40 petang, kami sampai di Pusat Rawatan Az-Zahrah, Bangi. Aku terus ke Aras 2, untuk menyatakan bahawa aku ingin bersalin di situ. Aku hanya sempat membuat first check up dengan Doktor Speacilist di situ dan tidak sempat untuk membuat second check up. Setelah segala maklumat diberikan, aku ditempatkan di Bilik Aisyah, Aras 2, Pusat Rawatan Az-Zahrah. Jam 4.00 petang, Doktor Fazlina check berapa bukaan rahimku. Beliau menyatakan bahawa telah buka 4cm. Doktor Fazlina menyatakan bahawa aku perlu ke Labour Room untuk dipecahkan air ketuban. Ibu menyatakan supaya biarlah selepas solat asar baru ibu ke Labour Room. Kemudian nurse mengambil denyutan jantung baby selama 20 minit. Setelah itu diberikan ubat cirit bagi melawaskan najis. Jam 4.40 petang, aku dan Abe solat berjemaah untuk menunaikan solat asar di dalam Bilik Aisyah. Selesai solat, Abe membaca Yaasin bagi memudahkan aku bersalin kelak.

Jam 5.00 petang, aku dibawa masuk ke Labour Room, Aras 1. Denyutan jantung diambil sekali lagi selama 10 minit. Setelah itu, Doktor Fazlina mengecheck sekali lagi bukaan rahimku...dah 6 cm. Jam 5.20 petang, Doktor Fazlina memecahkan air ketuban. Uhhh....rasanya boleh tahan sakit . ejak air ketuban dipecahkan, sakitku semakin kerap dan semakin kuat. Aku hanya mampu duduk di atas katil sambil memegang tangan Abe untuk menahan kesakitan. Aku memohon agar Abe membaca Yassin dan dibacakan di dalam air supaya aku boleh minum air tersebut. Aku tak mampu untuk berbaring...kerana kesakitan itu akan lebih terasa. Sambil itu aku memakan kurma dan meminum air Yasin. Aku rasa begitu terkejut....tak sangka di saat ini aku akan menghadapi saat bersalin seawal ini....4 minggu dari sepatutnya. Aku seperti bermimpi untuk menghadapi semua ini.

Jam 6.40 petang, aku terasa seperti nak buang air besar. Aku pun tak tahu adakah ini saat dah nak bersalin? Aku kata dengan Abe "rasa nak terberak". Abe cepat-cepat bergegas memanggil nurse di luar bilik. Nurse pun cepat masuk dan membuat persiapan untuk bersalin. Keadaan menjadi kelam kabut. Mana Doktor Fazlina nie? Perasaan aku bercampur baur. Aku dah rasa seperti nak meneran...tapi Doktor tak sampai lagi. Nurse meminta supaya aku jangan teran lagi. "Tahan...tahan". Kata nurse. Aku rasa dah tak sabar dan dah tak tertahan untuk meneran. Akhirnya Doktor Fazlina muncul. Keadaan dah sedia. Buat kali pertama aku cuma teran, tetapi hanya berjaya sampai kepala sahaja. Cubaan kali kedua....Allahuakhbar......Aku menjerit sekuat hati. Alhamdulilah tepat jam 6.55 petang.....baby berjaya dilahirkan . Cepat-cepat Doktor menunjukkan baby 'boy' kepada aku. Aku rasa seperti terkejut.....dan bersyukur banyak2....alhamdulilah baby selamat.

Baby dimandikan dan kemudian Abe mengazankan di telinga kanan. Baby disuapkan dengan sedikit tamar di bahagian lelangit agar suara beliau nyaring bila mengkumandangkan Quran kelak...amin. Sementara aku, Doktor Fazlina meneruskan kerja-kerja beliau selepas proses bersalin. Mengeluarkan uri, lebihan darah Beliau telah menjahit bahagian yang koyak...Uhhh sakitnya . Sabar jelah. Apa-apa pun kena tahan juga...nak buat macamana. Setelah selesai semua proses, aku berehat di Labour Room.

Jam 8.00 malam, aku dibawa semula ke Bilik Aisyah, Aras 2 untuk berehat seterusnya. Jam 9.00 malam, buat pertama kalinya aku menyusukan baby. Waduh....sukarnya. Keadaan aku memang terlalu lemah di saat ini. Hendak bergerak pun sukar, nak turun katil pun tak berdaya. Perlukan bantuan Abe untuk membolehkan aku turun dari katil. Malam itu, aku tidak melelapkan mata, bila mengenanng saat menghadapi bersalin....di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah...penuh dengan tragedi. Biarlah ianya menjadi rahsia bagiku .


Wednesday, 15-Jun-2005 04:44 Email | Share | | Bookmark
Puteri Saiyidah Salsabila dilahirkan - First Baby

Hari ini, 14 Jun 2005, jam 2.55 pagi, aku mula rasa sakit dari paras pinggang hingga ke bawah. Sakitnya lain macam aje...nak kata ada angkat berat..rasanya tak de. Aku meminta Abe untuk mengurut bahagian pinggang tersebut bagi meredakan kesakitan tersebut. Namun kesakitan tersebut masih berterusan.

Jam 7.00 pagi, apabila aku ke bilik air untuk membuang air kecil. Tiba-tiba seketul darah keluar.. ehh apa benda pulak nie. Aku bukannya datang period. Aku nie sedang mengandung. Cepat aku menjerit kepada Abe. "Abang ada darah keluar". Nasib baik ketika itu Abe masih di pintu belum sempat bergegas ke tempat kerja. Abe pun berlari ke arahku. Lalu kutunjukkan darah tersebut. Abe kata itu adalah tanda untuk bersalin. Haa....terkejut beruk aku dibuatnya . Abe menyuruh aku mandi dan bersiap untuk ke Hospital.

Jam 8.00 pagi, kami bertolak dan sebelum terus menuju ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Ipoh, kami singgah sebentar ke kedai Mamak Taman Equine untuk sarapan pagi. Selepas bersarapan kami pun bertolak. Sepanjang perjalanan, sekejap-sekejap sakitku datang. Rasa sakit di bahagian dalam perut. Terasa perjalanan begitu jauh. Tambahan pula apabila sampai ke KL, jem di sana sini. Kami terpaksa bersabar di dalam kereta. Doaku semoga aku selamat sampai di Hospital untuk bersalin..jangan bersalin di dalam kereta sudah .

Kami tiba di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur jam 10.30 pagi. Keadaan di hospital agak sesak dengan pesakit. Aku mendaftar untuk bersalin dan menyatakan bahawa tanda bersalin telah keluar.

Jam 11.00 pagi aku berjumpa dengan Dr. Habibah untuk diperiksa. Dr. Habibah telah membuat scan untuk mengetahui keadaan baby. Baby dalam keadaan yang baik iaitu kepalanya sudah di bawah...hanya tinggal 2 cm untuk keluar sahaja. Kemudian Dr. Habibah memeriksa berapa bukaan rahimku. Alangkah sakitnya apabila diperiksa....uhhhhhhhhhhhh...aku menjerit dan menitis air mataku. Cepat-cepat Abe datang untuk menggengam tanganku. Dr. Habibah memberitahu bahawa bukaan rahimku adalah 1.5 cm. Kemudian Dr. Habibah menanya kepadaku samada ingin mengambil Epidural - ubat tahan sakit atau tidak? Kerana menurut beliau, aku mungkin tidak akan tahan sakit bersalin kelak. Aku menjawab "Aku tidak mahu". Kemudian dia memberitahuku bahawa setiap 4 jam, nurse akan check berapa bukaan rahimku. Lalu aku menjawab "tak perlu checklah sebab check tu lagi sakit...dahlah sakit bersalin tu memang sakit".

Jam 12.00 tengahari, aku dimasukkan ke dalam bilik untuk dimasukkan ubat cirit. Tak sampai seminit perutku mula memulas, terus aku bergegas ke bilik air. Segala-gala saki baki terus keluar. Kemudian aku dimasukkan ke bilik lain pula untuk mengambil dengutan jantung baby selama 30 minit. Dengutan jantung baby sungguh kuat...sekejap kuat sekejap perlahan....begitu juga dengan kesakitan rahim...sekejap kembang sekejap kuncup. Selesai setengah jam, aku kemudiannya dibawa masuk ke bilik menunggu. Di dalam bilik tersebut ada 4 buah katil tetapi hanya ada seorang sahaja yang ada di dalam. Manakala katil-katil yang lain masih kosong lagi. Abe sentiasa bersamaku sepanjang pemeriksaan dibuat.

Jam 2.00 petang, tiba-tiba rasa sakitku kuhilang. Sehingga jam 5.00 petang tiada sebarang kesakitan yang muncul. Aku jadi musykil...aku nie nak bersalin ke tidak? Aku berehat sebentar di depan lif kerana terlalu lama berehat di dalam bilik menunggu. Setelah itu aku turun ke aras tanah untuk menghilangkan kebosanan. Kelihatan ramai pesakit luar yang ingin mendapatkan rawatan. Ishhh...kenapalah aku begini...tiba-tiba rasa sakit hilang...persoalannya entah ke mana??? Sementara Abe pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang keperluan. Aku keseorangan...tak tahu nak buat apa. Nak balik ke rumah takut tak sempat sampai bersalin kat hospital pulak nanti.

Jam menunjukkan pukul 7.00 malam, tiba-tiba kesakitanku muncul kembali. Aikk...sabar jelah. Boleh datang boleh hilang. Nak lawak pun ada...sakit main-main pulak dia . Aku bergegas ke surau Pusat Rawatan Islam(Pusrawi) untuk menunaikan solat Magrib. Sakitku semakin terasa. Ishh manalah abang nie tak muncul-muncul lagi. Aku membaca surah yasin dan berdoa agar dimudahkandan selamat bersalin serta dihilangkan sakit bersalin tersebut. Selepas solat Isyak barulah aku turun semula ke bilik menunggu.

Jam 9.00 malam, baru Abe tiba semula ke bilik menunggu. Aku dan abe berehat sambil aku menikmati nikmat sakit nak bersalin. Sambil tu aku membuka buku "Mother & Baby" yang memperihalkan keadaan mula percantuman baby, tumbesaran baby dalam kandungan, proses nak bersalin, selepas baby dilahirkan serta penjagaan baby. Aku hanya menumpukan pembacaan kepada proses untuk bersalin.

Jam 11.30 malam, nurse memberitahu bahawa suami tidak dibenarkan untuk tinggal di dalam bilik menunggu kerana ada patient perempuan yang lain. Aku akur. Lalu menanyakan samada ada tak bilik menunggu yang 1 bilik? Setelah diperiksa, alhamdulilah ada. Jam 12.00 tengah malam kami telah berpindah ke Bilik Deluxe. Bilik tersebut cukup besar dan penuh dengan pelbagai kemudahan...tv, air cond, peti sejuk, sofa, katil dan bilik air. Dalam keadaan sakitku yang semakin parah ini, bukanlah kelesaan bilik menjadi ukuran cuma yang kumahu agar Abe senantiasa di sisiku sehingga proses bersalin selesai. Kerana aku tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri.

Abe terlena di sofa. Manakala aku berulang-alik berjalan kaki bagi mengurangkan kesakitan apabila kuncupan rahim berlaku. Aku juga kerap ke bilik air. Sehingga tak berdaya rasanya. Rasa hilang segala tenagaku di ketika ini. Sehingga aku pun membaringkan diri di atas katil.

Jam 2.40 pagi, 15 Jun 2007, tiba-tiba aku tersedar, seperti ada sesuatu yang keluar. Aku memanggil Abe berkali-kali. "Abe....Abe...Abe...tolonglah bangun". Sakit tak tahan nie". jeritku. Akhirnya Abe tersedar, lalu aku meminta Abe untuk melihat apa yang keluar. Setelah dilihat, Abe kata "Darah". Aku kata "aku dah tak larat dah nie". Lalu Abe menekan tombol kecemasan di dalam bilik untuk memanggil nurse. Nurse segera datang dan membawa aku masuk ke Labour Room.

Jam 2.55 pagi, aku berada di Labour Room. Lalu nurse mengecheck bukaan rahimku. Nurse menyatakan bahawa "8cm". Kemudian nurse mengeluarkan air kencingku melalui saluran bawah. Setelah itu tanganku disambungkan dengan air untuk mempercepatkan proses bersalin. Sementara itu, nurse yang lain cuba menghubungi Dr. Habibah tetapi gagal. Aku mula risau, macamana kalau Dr. Habibah tidak dapat dihubungi?? Siapa pulak nak sambut baby nie? Berkali-kali nurse mencuba...akhirnya Dr. Habibah dapat dihubungi.

Jam 4.00 pagi, Dr. Habibah sampai ke Labour Room. Terdapat 2 orang nurse yang senantiasa mengawasi keadaan sakitku. Sementara Abe masih setia di sisi kiri katilku. Nurse mengajar aku cara-cara untuk membuat pernafasan dan proses untuk kelahiran baby. Tapi aku masih dalam keadaan terpinga-pinga tidak dapat menangkap bagaimanakah sepatutnya perkara itu dibuat. Di saat ini, aku telah mula meneran dan terus meneran. Tapi hampa tidak berjaya. Rasanya lebih 20 kali aku mencuba dan terus mencuba. Hanya jeritan kedengaran setiap kali cubaan yang aku lakukan. Sehingga ada ketikanya, Dr Habibah dan Abe serta aku juga turut tergelak bila melihat keadaan aku meneran .

Akhirnya jam 4.44 pagi, baby selamat dilahirkan. Bunyi tangisan nyaring baby jelas kelihatan. Aku seperti terperanjat dan terkejut aku telah selamat bersalin. Alhamdulilah...syukur kepada Allah Yang Maha Kaya Lagi Maha Mengasihani hambanya. Dr. Habibah menunjukkan baby kepadaku lalu menanya. Lelaki ker perempuan? Aku pun menjawab "Perempuan". Kemudian baby dimandikan dan Abe telah mengiqomatkan baby di telinga sebelah kiri baby. Setelah itu, Abe telah memasukkan sedikit tamar di atas lelangit baby supaya suaranya nyaring bila mengkumandangkan al-quran kelak...insyaallah..amin. Sementara aku, Dr. Habibah terus melaksanakan tugas beliau selepas proses bersalin selesai iaitu mengeluarkan uri, darah-darah yang tertinggal dan menjahit luka ynag telah dikoyakkan. Terasa begitu cermat cara yang dibuat sehingga aku tidak rasa sebarang kesakitan ketika proses jahitan dilakukan. Alhamdulilah dan terima kasih kepada Dr. Habibah kerana telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik sekali .

Selepas azan subuh, jam 6.15 pagi aku telah dipindahkan ke Bilik Selepas Bersalin (1 orang). Biliknya agak kecil dan cuma ada tv, katil, kerusi, meja kecil dan bilik air. Aku masih tidak dapat melelapkan mataku selepas proses bersalin selesai. Aku hanya mampu berbaring kerana tidak mampu untuk duduk lagi. Perasaan terlalu gembira menyelubungi hatiku. Betapa gembiranya apabila aku telah menjadi seorang ibu . Ingin aku jerit kepada dunia bahawa kini aku telah menjadi seorang IBU .


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net